LATAR BELAKANG

Dewasa ini, konteks pengurusan sumber manusia menghadapi pelbagai cabaran yang berbeza. Di awal pertengahan abad ke-20, asas kepada bidang ini mula memberi fokus yang lebih serius khususnya terhadap isu yang membabitkan pembasmian kemiskinan melalui kebergantungan bidang ekomoni utama negara (Pertanian & Perkilangan) terhadap pola pendapatan masyarakat (pekerja).


Dalam rancangan Malaysia ke-11, peranan sumber manusia dilihat perlu seiring dengan keperluan industri dan perubahan teknologi semasa, supaya maklumat yang diterima dapat difahami dan dipraktikkan dalam pelbagai konteks yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran dalam mengolah dan menganalisa maklumat sebelum diterjemahkan melalui tindakan, polisi, akta dan undang-undang.


Melalui langkah ini, ia dilihat mampu menampung keperluan terhadap pertumbuhan bidang industri baharu yang dilihat kini lebih kepada industri berasaskan perkhidmatan (Online & Offline), dimana ia berpotensi untuk diangkat sebagai industri yang bernilai tinggi pada masa hadapan.


Justeru, peranan dan keperluan pengamal Sumber Manusia (HR) tidak akan pernah berkurang. Masa telah mengubah corak pemikiran, kerja dan tindakan pengamal Sumber Manusia (HR) dari konteks yang berasaskan Tradisional kepada Teknologi Moden supaya budaya kerja organisasi bergerak seiring dengan perubahan zaman dan generasi yang berada di dalamnya.
Menurut hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid. “Peranan yang dimainkan oleh seorang pengamal HR dan kemahiran mereka adalah penting, terutama ketika hubungan dalam konteks industri”.


Naib Presiden KellyOCG di Asia Pasifik, Anthony Raja Devadoss berkata “pengamal HR perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk menarik, membangun dan mengekalkan bakat ke tahap tertinggi yang diperlukan untuk memastikan Malaysia bergerak maju dalam usaha untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi dan maju oleh tahun 2020.”


Oleh itu, bagi menangani setiap cabaran berikut, pengurusan sumber manusia harus merangka dan merancang langkah yang strategik dari segi pengurusan sumber manusia bagi mencapai semua matlamat yang ditetapkan oleh organisasi melalui pengenalan kepada ‘Teknologi Maklumat Telah Mengubah Cara Pengurusan Sumber Manusia.’


Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2018 adalah platform perbincangan mengenai isu dan cabaran semasa yang meliputi pengurusan dan pembangunan modal insan seperti penggunaan teknologi dalam pengurusan yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM) dan kelebihan kaedah pengkomputeran mengikut beberapa fungsi dalam pengurusan sumber manusia seperti latihan, pampasan, rancangan & pembangunan sumber manusia. Persidangan ini mengumpulkan pakar dalam industri bagi membincangkan strategi dan inisiatif pengurusan sumber manusia yang terdiri daripada badan korporat dan agensi kerajaan untuk menerajui pembangunan modal insan negara seiring dengan perubahan global.

"

"

DELEGASI PERSIDANGAN

 

Persidangan ini direka khusus untuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pengarah, Pengarah Urusan, Ketua, Ketua Jabatan, Pengurus, Penolong Pengurus, Pegawai, Senior Personnel dan Eksekutif daripada Jabatan Sumber Manusia atau Modal Insan.

FOKUS PERSIDANGAN

Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2018 menampilkan barisan pemimpin dalam organisasi dan pengamal HR yang terbaik untuk berhubung dan mengetengahkan strategi pengurusan dan perkhidmatan HR dan isu-isu berkaitan peranan HR yang semakin kompleks, dalam usaha membantu organisasi untuk terus berkembang lebih kukuh. Tema-tema utama yang akan dibincangkan adalah:
• Realiti dan trend pengurusan bakat di Malaysia
• Mengurus & mengelola pengambilan tenaga kerja
• Kepentingan HR yang semakin berkembang sebagai rakan kongsi perniagaan strategik
• Strategi dalam menghasilkan pemimpin masa depan
• Teknologi, analisis tenaga kerja untuk pengurusan bakat
• Menilai, mengambil dan membangunkan yang terbaik
• Revolusi digital HR

DI AKHIR PERSIDANGAN, DELEGASI AKAN MENDAPAT

Menetapkan halatuju strategik pengurusan sumber manusia
Mengurus pekerja yang berkualiti
Membangun kompetensi tenaga kerja
Mengurus prestasi, pengiktirafan dan ganjaran tenaga kerja
Membentuk budaya kerja berprestasi tinggi