“Kita iktiraf wanita sejak merdeka. Perjuangan kita menjurus menjayakan wawasan negara kita. Wanita memainkan peranan penting.  Kita ingin memperkasakan wanita. Ingin wanita di arus perdanakan.”

YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Persidangan Kepimpinan Wanita Ke-3, 2013

 

Mendidik, Melibatkan Diri, dan Memperkasakan Wanita Menuju Kejayaan

25 & 26 Jun, 2013

Kuala Lumpur, Malaysia 

 
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

Persidangan Kepimpinan Wanita yang dianjurkan untuk kali ke-3 ini akan memfokuskan kepada aspek berikut:

  • Mengenal pasti cabaran semasa dan potensi wanita dalam menguruskan kerjaya dan kehidupan dalam persekitaran yang tidak menentu hari ini.

  • Menyediakan saluran kepada peluang perkembangan kerjaya wanita di Malaysia.

  • Mewujudkan kesedaran di kalangan wanita mengenai petua kesihatan diri dan teknik-teknik ketrampilan dan penjagaan yang berkesan dan bersesuaian di rumah mahupun di tempat kerja.

  • Perkongsian mengenai ciri-ciri kepimpinan wanita cemerlang dari perspektif dan penilaian sektor awam dan swasta.

  • Sebagai satu platform untuk wanita-wanita yang terlibat dalam dunia sosial dan korporat berkumpul untuk merancang strategi dan hala tuju semasa dan masa depan.

        

 
Joomla! Template design and develop by joomfans.com - http://www.joomvision.com