“Kita iktiraf wanita sejak merdeka. Perjuangan kita menjurus menjayakan wawasan negara kita. Wanita memainkan peranan penting.  Kita ingin memperkasakan wanita. Ingin wanita di arus perdanakan.”

YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Latar Belakang

Di seluruh dunia, bilangan wanita yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan, sektor kerajaan dan aktiviti sosial masyarakat semakin meningkat. Mereka membawa perubahan dan memberi pengaruh melalui keusahawanan, inovasi, dan kreativiti. Namun terdapat banyak cabaran dalam pasaran global yang semakin mencabar dan persekitaran ekonomi yang berdaya saing. Bagaimana wanita memupuk kejayaan demi mencapai pembangunan dan cita-cita mereka, dan bergerak maju secara profesional tanpa mengabaikan kehidupan peribadi mereka? Apakah strategi dan amalan terbaik yang membolehkan wanita untuk mendapatkan momentum yang signifikan demi menuju ke arah pencapaian yang lebih baik dan lebih tinggi?

 
Persidangan Kepimpinan Wanita Ke-3: Mendidik, Melibatkan Diri, dan Memperkasakan Wanita Menuju Kejayaan menyediakan platform rangkaian peringkat tinggi untuk membawa bersama-sama beberapa pemimpin wanita untuk berkongsi dan bertukar idea mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penglibatan wanita dalam bidang sosial dan korporat.
 

Persidangan ini juga akan membincangkan langkah-langkah untuk menyediakan wanita menjadi lebih berpotensi, berkepimpinan cemerlang dan berketrampilan.

Persidangan ini dianjurkan dengan tujuan menjadi satu platform mengetengahkan dan mengulas isu-isu kepimpinan wanita terkini sekaligus membawa ikon-ikon dan para ilmuan berdiskusi mengenai hubungkait dengan kepimpinan wanita di dalam sektor awam dan swasta.

 

Persidangan ini dianjur khusus untuk:

Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pengarah, Pengarah Urusan, Ketua, Ketua Jabatan, Pengurus, Penolong Pengurus, Pegawai, Senior Personnel dan Eksekutif daripada:
 
Badan-badan NGO
Kementerian
Persatuan Pergerakan Wanita Malaysia
Sektor Awam
Sektor Swasta
Usahawati dan Peniagawati
 
Dan bahagian-bahagian lain yang berkenaan dari pelbagai latar belakang dan industri.
Membina jati diri wanita yang berdaya tahan demi meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi 
Mempertingkatkan tahap daya saing di kalangan wanita untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi
Perkongsian penyelidikan terkini mengenai apa yang membantu wanita berjaya dalam peranan kepimpinan sosial dan korporat
Pelajari teknik untuk membantu organisasi lebih mesra wanita di semua peringkat
Melibatkan diri dengan pemimpin wanita dari syarikat-syarikat yang terkemuka dan lain-lain organisasi
Belajar bagaimana gaya kepimpinan wanita adalah berbeza
 
Joomla! Template design and develop by joomfans.com - http://www.joomvision.com