Persidangan Kepimpinan dan Pengurusan Dinamik 2025 menghimpunkan pemimpin sektor awam dan swasta, pakar industri dan penggerak perubahan untuk meneroka kepimpinan yang adaptif, inklusif dan berpandukan teknologi. Dengan fokus utama kepada kepimpinan dan pengurusan dinamik, pendigitalan, kecerdasan buatan (AI) dan kecerdasan emosi (EQ), persidangan ini bertujuan membekalkan pemimpin dengan pemikiran yang adaptif untuk mendepani perubahan teknologi, memupuk inovasi dan memacu pertumbuhan mampan.
Ketika AI dan teknologi digital mentakrifkan semula cara kita memimpin, bekerja dan membuat keputusan, persidangan ini menjadi platform penting untuk meneroka evolusi kepimpinan. Sesi akan merangkumi strategi integrasi AI, kekuatan kecerdasan emosi dalam era digital, pembinaan pasukan yang tangkas, serta pembangunan keupayaan kepimpinan yang sentiasa bersedia untuk menghadapi evolusi masa depan.
Kandungan persidangan merangkumi sesi bersama tokoh industri dan pembuat dasar yang akan membincangkan cabaran serta trend dalam landskap kepimpinan di era digital. Pelbagai topik akan dibincangkan yang memberi tumpuan kepada isu semasa seperti kepelbagaian tenaga kerja, kesejahteraan mental dan keberkesanan dalam pengurusan kerja hibrid.
Keseluruhannya, persidangan ini bertujuan memperkasakan para pemimpin untuk mendepani era kepimpinan dan pengurusan yang telus dan mampan teruatamanya pada era yang lebih kompleks dan dinamik.
Sertai kami untuk mentakrifkan semula kepimpinan, mengilhamkan transformasi, dan memimpin masa depan, hari ini!
Antara intipati menarik objektif persidangan ini:
• MENEROKA gaya kepimpinan terkini dan relevan dalam konteks Malaysia dan landskap global yang pantas berubah
• MEMPERKASA pemimpin untuk lebih adaptif dan agile dengan kemahiran dinamik seperti kecerdasan emosi, pengurusan perubahan dan kepimpinan digital
• MENGINTEGRASIKAN teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan automasi dalam strategi pengurusan dan pembuatan keputusan
• MENGGALAKKAN budaya kerja yang lestari, inklusif dan berasaskan data
• FOKUS kepada cabaran semasa bagi mengukuhkan ketahanan organisasi tenaga kerja yang pelbagai
• KEPENTINGAN kesejahteraan mental dan emosi warga organisasi
• MEMUPUK hubungan kolaborasi sesama jabatan, rakan sekerja dan organisasi lain
• PELUANG membina hubungan strategik pelbagai sektor; awam mahupun swasta