Latar Belakang Persidangan


Persidangan Pemodenan Modal Insan merupakan inisiatif anjuran Comfori yang menghimpunkan golongan profesional daripada pelbagai latar belakang sumber manusia. Persidangan ini akan membincangkan isu-isu penting daripada dua sudut utama, iaitu asas pembangunan modal insan dalam organisasi serta strategi kepimpinan dalam mendepani era pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).


Fokus persidangan kali ini merangkumi teknik pengurusan dalaman organisasi, pembentukan mentaliti, penyelarasan kerjaya, kolaborasi dalam menangani konflik serta amalan global yang boleh dijadikan penanda aras dalam memperkukuh organisasi, bermula daripada peranan pemimpin modal insan.


Dalam landskap digital yang semakin pesat berubah, pengurusan perlu lebih tangkas mengadaptasi peralihan daripada pentadbiran tradisional kepada pendekatan digital yang strategik, bagi memacu kestabilan serta inovasi organisasi.

Objektif Persidangan


Antara intipati utama persidangan ini adalah:
• Pemantapan pengurusan sistem digital serta tadbir urus yang telus
• Penyelarasan laluan kerjaya selaras dengan keperluan industri
• Pengenalpastian dan pengadaptasian amalan terbaik di peringkat global
• Pembinaan budaya kerja yang prihatin terhadap kesihatan mental
• Pemupukan keharmonian warga kerja merentas generasi
• Pengukuhan model kepimpinan yang berupaya menterjemah Key Performance Index (KPI) kepada pencapaian kerja yang nyata dan berimpak tinggi

Mengapa Memilih Persidangan Ini?


• Berkongsi Pandangan
• Perbincangan Terbuka
• Peluang Hubungan Rangkaian
• Penceramah Berpengalaman

Our Panels


Stay tuned for more updates as we finalise the lineup

Nobody is featured yet
WhatsApp Chat
Whatsapp
Contact Us
Contact Form
LiveChat
Live Chat