LATAR BELAKANG








PERSIDANGAN MODAL INSAN adalah persidangan tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2011 dan berjaya menghimpun pakar-pakar dalam bidang pengurusan manusia untuk tampil dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka bersama bersama para delegasi yang hadir daripada pelbagai latar belakang.


 


Terdapat banyak perubahan dari segi aplikasi teknologi dan kemajuan komunikasi digital yang melanda era perindustrian tambahan pula Pandemik Covid-19 masih lagi awal dalam proses penyelesaiannya. Pandemik Covid-19 bukan sahaja menyebabkan krisis kepada kesihatan awam, malah kepada ekonomi dan pasaran buruh keseluruhannya.


 


Justeru itu, matlamat organisasi harus bertumpu terhadap melengkapkan dan menyokong pekerja untuk berjaya menerima perubahan dalam norma semasa untuk memacu kejayaan dan hasil organisasi.


 


Sementara berusaha untuk menjadi lebih berdaya saing dalam persekitaran perniagaan yang kian berubah, satu lagi faktor yang menjadi juzuk utama organisasi adalah memastikan bekalan pekerja yang memiliki potensi serta prestasi tinggi adalah mencukupi, khususnya bagi industri yang berteraskan pengetahuan.


 


Akhirnya, jabatan sumber manusia berperanan penting dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan dalam organisasi. Pembudayaan cara kerja sihat dan seimbang adalah titik penting yang ingin dicapai dalam sesebuah organisasi.


 


Persidangan Modal Insan yang ke-12 ini akan menyajikan informasi dan pendekatan tekini dalam dunia HR pasca Covid-19. Selain itu, persidangan ini juga akan membawa pakar-pakar dalam bidang sumber manusia yang berpengalaman luas untuk sama-sama berkongsi aspirasi mereka sepanjang berkhidmat dalam bidang ini.


 


 


"

"

OBJEKTIF PERSIDANGAN

·       Mencetuskan perbincangan untuk membuat tetapan semula  dalam keadaan Covid-19 yang tidak menentu ketika ini dan membina tenaga kerja digital yang bersedia untuk masa depan

 

·       Memberi kesedaran di kalangan pengurus dan pengamal sumber manusia tentang kepentingan langkah proaktif dan berterusan dalam pembangunan sumber manusia kepada organisasi dan negara

 

·       Mengenal pasti cabaran dan peluang pengurusan sumber manusia di Malaysia dalam persekitaran sosioekonomi yang canggih dan semakin mencabar

 

·       Menyediakan platfom kepada pengamal dan pemimpin HR untuk membincangkan strategi dan hala tuju semasa serta masa hadapan pengurusan sumber manusia di Malaysia

 

·       Menjadi pentas untuk mempelajari kemahiran baru dan menaik taraf kemahiran yang sedia ada

FOKUS PERSIDANGAN








PERSIDANGAN MODAL INSAN menampilkan barisan pemimpin dalam organisasi dan pengamal HR yang terbaik untuk berhubung dan mengetengahkan strategi pengurusan dan perkhidmatan HR dan isu-isu berkaitan peranan HR yang semakin kompleks, dalam usaha membantu organisasi untuk terus berkembang lebih kukuh. Tema-tema utama yang akan dibincangkan adalah:


·       Pengurusan sumber manusia pasca covid dan adaptasi terhadap norma semasa


·       Kepentingan kecerdasan emosi dan kesihatan mental di tempat kerja


·       Produktiviti, motivasi dan manfaat pekeraja


·       Fungsi L&D dalam HR


·       Persaingan dalam era AI dan pembangunan modal insan


·       Perekrutan untuk masa depan


DELEGASI PERSIDANGAN

Persidangan ini direka khusus untuk:

·       Pengerusi

·       Timbalan Pengerusi

·       Pengarah

·       Pengarah Urusan

·       Ketua

·       Ketua Jabatan

·       Pengurus

·       Penolong Pengurus

·       Pegawai

·       Senior Personnel

·       Eksekutif

 

daripada Jabatan Sumber Manusia atau Modal Insan

SPEAKER LIST











       Dr. Amat Taap Manshor                                            Dr Balakrishnan Muniapan                                  Michael Teoh Su Lim                     



                                                                                     

DOWNLOAD SLIDES                                                          DOWNLOAD SLIDES                                                DOWNLOAD SLIDES

 

Wesley Chan  


DOWNLOAD SLIDES