Latar Belakang Persidangan



Pembangunan modal insan merupakan tunjang belakang sesebuah organisasi. Modal insan mesti berilmu, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran. Ketersediaan tenaga kerja yang kompeten dan fleksibel merupakan salah satu faktor yang kritikal bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Tidak ada negara yang mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan kompeten seiring the dengan arus perubahan teknologi.


Pembangunan modal insan di Malaysia memerlukan usaha yang komprehensif dan bersepadu di peringkat sektor awam mahupun swasta. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif harus ditingkatkan bagi menghasilkan generasi yang mampu bersaing di peringkat lokal mahupun global. Setiap organisasi memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan modal insan yang berinovatif, berkemahiran dalam kepimpinan, kecerdasan emosi dan kemahiran teknologi seriring dengan kehendak pasaran semasa. Justeru itu, pembangunan modal insan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa menerusi program meningkatkan kemahiran bagi mengekalkan kerelevanannya dengan berteraskan konsep perubahan teknologi, pembangunan daya saing dan produktiviti yang tinggi.


Persidangan ini berpandukan kepada beberapa objektif iaitu meningkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada pengurusan sumber manusia yang kompeten, berkongsi pelbagai strategi kepimpinan dan penguasaan teknologi sinonim dengan kemajuan negara. Semoga dengan persidangan ini dapat melahirkan insan yang cemerlang, progresif dan mampan.

 

Objektif Persidangan


Antara intipati menarik objektif persidangan ini:

  • MENEROKA aspek penting dalam kemajuan organisasi
  • MENGUPAS peranan komunikasi dalam meningkatkan pembangunan motivasi
  • MEMBINCANGKAN kepentingan kesihatan mental di tempat kerja
  • MEMBENTUK kecemerlangan untuk mendapatkan pekerja yang sesuai bagi mencapai sasaran untuk pekerjaan yang betul
  • MENYEBARKAN maklumat terkini pengurusan modal insan dalam era digital
  • BERKONGSI strategi-strategi kepimpinan transformasional bagi memacu perubahan positif dalam organisasi
  • MEMBENTANGKAN maklumat mengenai peluang dan cabaran yang didatangkan oleh kecerdasan buatan (AI)

BERTUKAR pendapat tentang trend-trend terkini pemodenan modal insan dan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang kian berkembang maju

Our Panels


Stay tuned for more updates as we finalise the lineup

HAJAR ASWAD
HAJAR ASWAD
PENGERUSI MAJLIS
JURULATIH PUANHAJAR TRAINING & CONSULTING
YBRS. TS. DR. NOOR HASLIZA BINTI MOHD HASSAN
YBRS. TS. DR. NOOR HASLIZA BINTI MOHD HASSAN
KETUA PENOLONG PENGARAH (KANAN) (F13(M) TREK STRATEGIS, BAHAGIAN PERUNDINGAN DIGITAL
JABATAN DIGITAL NEGARA
RAZILA BINTI DUAH
RAZILA BINTI DUAH
KETUA SUMBER MANUSIA
QUALITAS HEALTH MALAYSIA
RATHI RAM
RATHI RAM
JURULATIH MINDA
SRK DINAMIK RESOURCES
DR. LOO LEAP HAN
DR. LOO LEAP HAN
KETUA INSAN
INFINITY LOGISTICS AND TRANSPORT
MIOR AZLI MIOR MD ISA
MIOR AZLI MIOR MD ISA
PENGASAS
CULTURE OF CHAMPIONS
MUHAMMAD HEZRY MD YASIN
MUHAMMAD HEZRY MD YASIN
JURULATIH PROFESIONAL
HY LEARNING ACADEMY
MOHD SHAHIR ELIAS
MOHD SHAHIR ELIAS
PENOLONG PENGARAH KANAN
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
KHAIRUL ANWAR KAMARUDIN
KHAIRUL ANWAR KAMARUDIN
PENGARAH EKSEKUTIF
DT LEADERSHIP
HANIM BINTI ABDOLLAH
HANIM BINTI ABDOLLAH
SETIAUSAHA BAHAGIAN, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
DR. FAIROZA AMIRA BINTI HAMZAH
DR. FAIROZA AMIRA BINTI HAMZAH
PENGASAS BERSAMA HAZFA SERI UTAMA & EVER AI TECHNOLOGIES
DAN PRESIDENT OF WOMEN IN AI MALAYSIA
SURAYA K. A. RAHMAN
SURAYA K. A. RAHMAN
JURULATIH
LIFESTYLE STRATEGY ENTERPRISE
TS. DR. RAJA MOHD TARIQI RAJA LOPE AHMAD
TS. DR. RAJA MOHD TARIQI RAJA LOPE AHMAD
PENGARAH EKSEKUTIF/PERUNDING
SALONIKA SYSTEMS SDN BHD
AZMAN OMAR
AZMAN OMAR
PERUNDING KANAN
SEIZE TECH RESOURCES & SOLUTIONS
WhatsApp Chat
Whatsapp
Contact Us
Contact Form
LiveChat
Live Chat